SATU JAM UNTUK KEBAHAGIAAN DUNIA AKHIRAT

Manusia sentiasa berada di antara hidayah Allah dan tipu daya syaitan. Sekiranya manusia lalai seketika, syaitan akan mampu merosak dan menjerumuskan mereka ke lembah yang hina lagi sia-sia.

Namun begitu dengan beberapa amalan tertentu, dapat menghindar manusia dari terjerumus kepada perbuatan yang sia-sia. Berikut adalah 7 amalan penting yang dapat menghindar seseorang itu dari gejala yang negatif. Dengan melakukan 7 amalan ini secara istiqomah, seseorang akan diampuni dosanya, dilindungi dari fitnah kubur, dibangunkan rumah di syurga, dikabulkan doanya, dilindungi dari kefakiran, dicukupi keperluannya dan dibebaskan dari perasaan gelisah. InsyaAllah.

Apa yang menariknya, semua amalan ini dapat dilakukan tidak lebih dari 60 minit atau 1 jam sahaja dalam sehari. Amalan-amalan tersebut ialah :

1. Solat sunat rawatib 12 rakaat. Yakni, 2 rakaat sebelum subuh, 4 rakaat sebelum zuhur, 2 rakaat selepas zuhur, 2 rakaat selepas maghrib, dan 2 rakaat selepas isya’. Manafaat yang akan diperolehi ialah : Allah akan membangunkan sebuah rumah di syurga bagi orang-orang yang sentiasa melakukannya. Sabda Rasulullah saw,

"Barangsiapa yang solat dalam satu hari sebanyak 12 rakaat, Allah akan mendirikan baginya rumah di dalam syurge.” (HR Muslim)

2. Solat Tahajjud dua rakaat. Manafaat yang akan diperolehi ialah : Dimakbulkan doanya, diampunkan dosanya dan dicukupi Allah keperluannya. Sabda Rasulullah saw,

"Allah swt turun setiap malam ke langit dunia, di saat sepertiga malam terakhir dan mengatakan, "Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Siapa yang meminta padaku, pasti aku berikan, dan siapa yang memohon ampun padaku, pasti aku ampuni”. (HR. Bukhari)

3. Solat Dhuha 2 rakaat, 4 rakaat atau 8 rakaat. Manafaat yang akan diperolehi ialah : Bernilai sedekah dari seluruh persendian tulang. Rasulullah saw bersabda :

"Setiap persendian kalian adalah sedekah, setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap anjuran pada kebaikan adalah sedekah, setiap larangan dari yang mungkar adalah sedekah, dan semuanya akan mendapat ganjaran yang sama dengan melakukan solat dua rakaat dari solat dhuha”.

4. Membaca surat Al Mulk. Manafaat yang akan diperolehi ialah : Diselamatkan dari azab kubur. Rasulullah saw bersabda,

"Sesungguhnya ada salah satu surah dari Al Qur`an yang terdiri dari 30 ayat. Ia akan memberi syafaat pada seseorang dengan pengampunan dosa. Yaitu surah "tabarakallazi) biyadihil mulk. “ (HR Tirmidzi dan Ahmad)

5. Mengatakan : “Laailaaha illallah wah dahu laa syarikalah, lahul mulku wa lahul hamdu, wa hua ala kulli syai'in qadir” dalam satu hari seratus kali. Manafaat yang akan diperolehi ialah : Terpelihara dari gangguan syaitan selama satu hari, dihapuskan 100 kesalahan dan memperoleh 100 kebaikan. Rasulullah saw bersabda,

"Barangsiapa yang mengatakan "Laa ilaaha illallah wah dahuu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamdu, wa huwa ala kulli syai'in qadiir", maka ia akan mendapat pahala seperti membebaskan 10 hamba, ditulis baginya 100 kebaikan, dihapuskan 100 kesalahannya, dan ia akan terpelihara dari syaitan pada hari itu sampai petang, dan tidak ada seorangpun yang lebih baik dari apa yang ia peroleh dari hari itu, kecuali ada orang yang beramal lebih dari itu."

6. Selawat atas Nabi Muhammad saw sebanyak 100 kali. Manafaat yang akan diperolehi ialah : Bebas dari bakhil dan mendapat balasan salawat dari Allah swt. Rasulullah saw bersabda,

“Barangsiapa yang berselawat atas diriku maka Allah akan mendoakannya sebanyak sepuluh kali.” (HR Muslim)

Hadis Rasulullah saw: Orang yang bakhil adalah orang yang bila namaku disebut di hadapannya, kemudian ia tidak bersalawat kepadaku. (HR Tirmidzi)

7. Mengatakan “Subhanallah wa bihamdihi, subhanallahil aziim”. Manafaat yang akan diperolehi ialah : Ditanamkan 100 batang pohon di syurga untuk yang melakukannya. Rasulullah saw bersabda,

"Barangsiapa yang melazimkan lafaz ini, maka Allah akan memberikan padanya jalan keluar di setiap kesempitan, penyelesaian dari setiap kegundahan, dan diberikan rezki dari sesuatu yang tidak diduga-duga. (HR. Abu Daud, Ibnu Majah, dan Hakim)

Selain tujuh amalan di atas, tentu saja kita harus fahami bahwa iman dalam Islam bukanlah sekedar solat, zikir dan bacaan Al Quran, tapi mencakupi perbuatan dan perilaku kita dalam berhubungan sesama manusia. Rasulullah menyebutkan, "Senyum anda kepada saudara anda kerana itu adalah sedekah, dan perintah kepada yang ma'ruf serta larangan dari yang mungkar itu sedekah, petunjukmu pada seorang asing yang tersesat itu sedekah, engkau memimpin orang yang tidak dapat melihat itu sedekah, menyingkirkan batu dan duri dari jalan itu adalah sedekah, dan engkau membantu mengambilkan air untuk saudaramu itu adalah sedekah." Hadis riwayat Tirmidzi ini menunjukkan bahawa kebaikan seorang muslim, selain ditunjang oleh kemurnian batinnya juga harus diimplimentasikan dalam kebaikannya di dalam perhubungan sesama manusia.

Wallahua’lam

Arktikel sumbangan Seri Iman – Mac 2007


  

© 2007 Seri Iman. Hakcipta Terpelihara.